Dulu, masa sekolah, saya selalu jeles tengok anak-anak cikgu.
Sebabnya?
Sebab mak diorang cikgu. Atau ayah diorang cikgu.
Saya fikir, diorang tu banyak kelebihan. Ni pendapat peribadi saya saja lah. Saya rasa diorang untung, mungkin boleh dapat soalan bocor untuk exam. Naif sungguh saya ni, kan?
Sebenarnya, semua tu tak benar dan hanya khayalan saya semata-mata. Kesian anak-anak cikgu kena tuduh. Hahaha. Tapi, dulu-dulu, anak-anak cikgu semuanya terkenal di sekolah. Takde anak cikgu yang konon-konon low profile di sekolah saya dulu. Kebanyakan daripada mereka tu menjawat jawatan penting kat sekolah. Memang tak aci tau. (Ni, kat sekolah saya lah, sekolah lain saya tak tahu la camne..)
Sekarang, bila adik saya (yang no.6) belajar di kolej yang mana pensyarah nya adalah kakak dia sendiri (adik saya no.3), dia cakap, dia takut dan ada rasa tertekan sikit.
1. Sebab dia adik pensyarah, mesti semua kawan-kawan ingat dia pandai sangat.
2. Sebab dia adik pensyarah, orang akan fikir, macam saya fikir dulu. Boleh dapat soalan bocor. Ini tak akan berlaku ok, sebab semua soalan peksa datangnya dari Ui*M sendiri, bukan dari kolej.
3. Sebab dia adik pensyarah, pensyarah lain selalu attack dia bila dah tak de sape nak jawab soalan.
4. Sebab dia adik pensyarah, dia tak mahu orang anggap dia macam orang asing. Sila layan adik saya macam orang lain juga. Dia bukan orang dari planet lain.
5. Sebab dia adik pensyarah, dia kena belajar lebih rajin daripada biasa. Kalau result teruk, nanti orang cakap, apa lah, adik pensyarah pun tak pandai.
Kesian Ira.
Harap semua okey buat Ira. Selamat belajar rajin-rajin dan selamat datang ke kelab “Mari ramai-ramai memenuhkan rumah dengan menjadi akauntan”. Tahniah kerana menjadi akauntan ke- 5 dalam famili.






hi nana. been reading ur blog silently
…dulu saya anak cikgu jgk. mak saya cikgu kelas saya lg. hehe.. mmg ada tekanan sbb high expectation dari cikgu2 lain (yg juga kwn mak). tapi tekanan sebegitu elok juga kadang2.. tapi yg pasti tak pernah ada soalan bocor dan tak ada markah bonus.
ye, baru tahu bila dah besar.
kesian anak – anak cikgu.
korg blh buka firm hehe..
Aku tahu, yang BOS tu dah tentu lah aku.HAHAHA.
Dulu, masa arwah ayah aku ada, dia set up satu company management services yang mana arwah ayah adalah Bos, Pekerjanya aku, dan adik2 aku.
Sekarang, aku jalankan business tu sendirian. Tapi, tak ligat macam arwah ayah dulu. Mungkin sebab aku sendiri bekerja dengan orang, kan.
Hmm..
penat la marah2 kata adik2.
cukup2 lah kat rumah je.
ooo aku pun anak cikgu jugak. sangatla glemer kat skolah rendah dulu sampaikan takde sekali pun aku jadik murid biasa. kalo tak jadik ketua darjah, jadi penolong. takpun pengawas. bosan okeh sebab takleh buat nakal. haha. kalo nakal abis la sampai ke pengetahuan mak aku.
dan tak bestnya jadi anak cikgu sebab semua orang ingat ko adalah sangat pandai. pandailah sangat! dan seolah-olah ko ada kuasa imuniti, di mana takde siapa pun boleh kaco ko sebab nanti kena panggil dgn guru besar. hahaha. lawak pulak bila aku ingat balik.
Ha, betul lah.
Anak-anak cikgu kat sekolah rendah aku dulu aku rasa mcm kau ni lah.
Semua orang macam bagi perhatian lebih kat diorang.
Aku memang jeles, ok.
saya pun jeles dengan anak cikgu masa belajar dulu.
tapi lama2 jadi kawan. tapi still kecil hati sebab cikgu cikgu lain lebih utamakan anak2 cikgu jugak.
sekolah luar bandar memang macam tu. yang sebenarnya anak kampung yang perlukan perhatian tu selalu je diabaikan sebab nak bagi tumpuan dekat anak2 cikgu yang memang dah sedia bandar. kat tempat lain saya tak tahu tapi itu di sekolah rendah saya dulu la..
ok la tu nana.. at least kau dah ada biz sendiri.. part time dulu..dah stabil sok full time le..
Insya Allah.
wah kak nana, bestnye dh nk 5 org akauntan. bleh la bukak nana & co. hehe
Tapi, kak nana kurang minat nak bukak company yg buat audit.
tax ok la, akaun pun ok.
anyway, saya nak bukak kedai buku.
mak aihhh akauntan ke-5
perghhhhh boleh bukak firm dah ni. hehe
2 dah confirm lah.
yg no. 1, arwah ayah aku.
2 lagi, tgh belajar, on the way nak jadi akauntan.
Saya pernah dapat soalan bocor. Abang saya kidnap masa cikgu Matematik saya tertinggal skema jawapan dalam kelas dia.
Tak pernah-pernah saya dapat B matematik, itu kali pertama. Anak guru besar dalam kelas saya terus dapat A, 86% padahal tak bijak mana pun. Saya syak dia dapat skema yang sama macam saya.
Hahaha. Skema jawapan bukan nya selalu betul.
nana, owh..nak bukak kedai buku ke?? best,best..wah,adik beradik awak terer l bab2 mengira ni ye..
saya dgn adik saya yang bongsu tu ada satu persamaan : suka membaca buku.
buku, semua jenis buku kami baca. Bukan tahap usia kami pun, kami leh layan.
Dan kami selalu komplen kedai buku dan stationery dkt2 rumah kami tu. rasa mcm byk benda yg tak ada kat sana.
Adik saya siap suh letak nama Pustaka Suhada lagik. Guna nama dia.
*
Terer bab mengira? Hmm…. tak tahu lah, tapi kami suka matematik sejak kecil. Dan kami juga suka wang.
Kesimpulan: Kami suka kira wang je.
kamu kira wang, kami duk kat rawang.. hahaha (lawak sengal)
huhu.. anak cikgu kat skolah aku dulu kerek tu.. berlagak semacam je, pastu selambe je buat hal, satu hari tu, anak cikgu ni macam ejek aku dan name bapak aku, aku terajang anak cikgu tu sampai terperosok bawah meja dalam kelas, lepas tu dier tak berlagak dah, heh.. baru tau
Wah. Aku penah rasa nak sepak anak sorg cikgu ni, tapi aku tak berani.