Kamu tahu tak yang entri bernombor ni dah jadi trend blogger sekarang??
(Hahaha, alasan untuk orang yang takde idea nak elaborate panjang-panjang)
1. Saya pergi kedai menjual kerusi urut jenama terkenal dan tanya macam-macam tentang kerusi urut. Penjual tu suruh saya cuba selama 20 minit.
-
2. Lepas 20 minit, saya cuba mesin pengurut kaki pulak. Kaki saya kena urut dari tapak kaki hingga lah ke betis. Sungguh yak a au mesin tu.
-
3. Saya saja tanya skim ansuran mudah sambil tunjuk kad Ae*n Express Card yang kaler silver tu. Saya ada kad tu sebab saya baru je beli mesin masuh 13.5 kg untuk mak. Hahaha, kantoi beli mesin basuh secara hutang.
-
4. Budak tu excited macam saya nak beli mesin urut tu betul-betul. Dia siap kirakan berapa ansuran yang patut saya bayar sebulan, selama 3 tahun. Woooo.. mesin basuh 13.5 kg tu pun, saya buat setahun je. Tak larat nak hutang lama-lama.
-
5. Akhir sekali budak tu suruh saya cuba alat senaman perut pulak. Saya terdengar, ada seorang staf tu cakap kat kawan dia (staf jugak), kad Ae*n Express Card saya ‘kaler silver lah’. So??
-
6. Adik-adik saya tergelak bila diorang cakap, kad saya kaler silver maksudnya credit limit nya ala-ala VIP lah, sebab selalunya kaler express card tu sepatutnya biru. Saya nampak je comot, tapi taraf VIP. Wahahaha~~~
-
7. Budak tu tertipu. Kad ekspress tu dah keluar kaler baru. Kaler biru tu kad lama. Patutlah dia layan saya macam VIP.
-
8. Lepas balik rumah, hilang segala sakit pinggang saya. Tapi, sistem perkumuhan saya agak lancar la lepas buat urut-urut tu. I like!!!
-
9. Mak saya terlena atas kerusi urut tu sebab best sangat, katanya.
-
10. Saya patut fikir untuk beli satu. Kan? Ke, ada sesiapa nak bagi satu kat saya? Kan sekarang ni ada promotion beli 1 dapat 1 ..
p.s: Nak pau adik-adik lah~~






beli ajelah nana. penat-penat balik keje boleh lepak2 atas kusi tu. hehe.
p/s: beli 1 dapat percuma 1 kan? bagi aku laa yg percuma tu. hahahahaha.
kau beli lah. bagi aku yg percuma tu. ape lah.
Berurut slalu sangat pon xelok.. kang tak dapat sehari badan tak larat je.. hehe…
Hmm.. betul tu..
Kad aku pun kaler silver juga…mesti nanti ramai orang yg akan tertipu…kahkahkah…
haha, selamat menjadi VIP.
wow, sangat VIP ye mempunyai kad kredit.. hehe.. saye amat takut nak apply kad kredit, selalu org2 kad kredit approach saye, saye akan cakap “Sorry arr.. saye takleh apply, sebab nama saye dah blacklist” haha.. tapi ari tu siap budak tu ckp “Yang ni blacklisted pon boleh apply maa..”
Ae*n Express Card tu bukan kredit kad pun.
Ia ialah privilege card; Expansion of General Easy Payment Scheme.
Senang nak mohon pembayaran secara ansuran. Takyah bg payslip, bank account semua tu.
Dengan adanya express card tu..melayakkan saya membeli secara easy payment dgn kadar segera tanpa memerlukan sebarang dokumen lain kecuali IC…pastu kad tu ader limit…
hohoho…aku nyer kad kaler biru….x adil sungguh…
Ala, lepas ni apply la baru..
Hmm.. kalau boleh, beli secara cash. Kumpul sampai cukup then beli.
Ia satu kepuasan membeli.
hmm yan.. kak nana dah beli yg urut kaki.
yg ni cash, sbb murah sikit.
betul ke trend blogger skang guna numbering?
ntah. kan tu alasan je.
HAHA.
wo! beli la weh. membeli kerusi urut adalah salah satu impian aku yang lom tercapai lagi. uhukk
best woo kalau dapat.
kalau ada lebih, pos la satu kat aku.. hehe
ha? lebih?
mana ?? mana??
dulu (2005) pernah cuba kerusi urut jenama osim tu. pada saya kureng la. tapi mesih urut kaki (betis skit2) tu cambest.
sebab kau kata best, akak beli satu tadi.
sila rujuk entri terbaru. HAHA.
[...] kaki kakakku kok kaku kaku kek.. Rentetan dari kisah ini, saya telah sedaya upaya untuk membeli secara cash benda [...]