Ok, hari ni kita baca entri bernombor ye.
1. Minggu lepas, saya bercuti pada hari Jumaat. Ada Report Card Day kat sekolah adik. Saya cakap kat adik, kalau ada banyak merah-merah, nanti saya nak potong wang saku. Nadia cakap, kedengaran macam Mak Nobita je saya ni.
2. Result diorang ok, terutamanya adik bongsu saya yang suka baca komik tu. Dia tu mana pernah nak baca buku or buat latihan. Kalau kita suruh belajar, dia baca komik. Kalau kita marah, dia tidur. Tapi bila exam, ok pulak result dia. Haihhh…. nak marah pun tak jadi.
3. Sorang lagi adik saya, result dia ok, tapi cikgu dia cakap dia sangat suka bercakap, hinggakan kalau dia cuti, kelas tu jadi senyap dan lesu. Haihhhh… dari darjah satu sampai la Form 4, sama je komen cikgu-cikgu dia. Telinga ni dah berdesing dengar komen cikgu-cikgu.
4. Oleh sebab result ok, duit saku masih tetap utuh jumlahnya begitu. Diorang ok je, saya lah yang paling gembira. At least takde sape sarankan nak naikkan jumlah wang saku. HAHAHA.. Oh, saya ni, kedekut jugak rupanya.
5. Adik-adik saya mintak beg sekolah baru. Dah lebih 3 tahun diorang pakai beg yang sama. Lepas tu, saya cakap, masa saya sekolah dulu, saya pakai beg sekolah sampai 5 tahun. Adik-adik saya buat muka sedih pulak lepas tu. Oh, orang kedekut ni jadik kesian pulak.
Nampaknya, kena beli beg baru lah untuk diorang. Haihhh….







wah. report card day…hari untuk menilai pencapaian dan bincang keperluan sekali la kan…
kak nana tgk mak ayah orang lain lama sgt bincang dgn cikgu tu.
bila time kak nana, kejap je.
muka I garang sangat kot. cikgu tu tak berani nak komen banyak2. HAHAHA.
waahh…bagus adek2 kak nana…
anggap je beg tu as a motivation kat diorg…n hadiah sbb doing well in school=)
Hmmm… mak pun cakap gitu.
Kena gi beli jugak la ni..
sonok bila dgr citer kakak2 akak g amik report card anak2 dorang…ader yg ok..ader ok2 jer..dan ader yg ko…
hihi.
biasa lah, masa kita sekolah pun macam tu juga..
seronok mendengar cite adik2 cik nana..hehehe..nasib semua dapat keputusan baik, kalau tak untung cik nana dapat wang saku jugak..hehehehe
ha, itu lah pasal..
plus; selalunya saya akan bekukan belanja utk benda lain juga, contohnya; takde duit bulanan utk komik, takde duit minyak motor, tak leh g kem motivasi/ bina semangat (konon2 lah bina semangat, tapi hampeh je..)
masa saya sekolah dulu, mak saya agak me’naga’ jugak kalau teruk result saya.
a’ah beli la. after all, result diorang smer ok kan. at least ada la jugak untuk bakar semengat lagi rajin belajar. nanti leh berjaya cam kak nana diorang.