Wah wah wah… Blog ni dah berhabuk pulak. Fuhh.. fuh.. fuh… Meja tengah banyak dengan kertas-kertas, tapi mujur masih boleh jumpa keyboard. Huk huk huk..
Dah lama balq15 tag saya, tapi baru nak buat. Dalam pada tu, beberapa kawan tag saya dengan benda yang sama, tapi saya baru berkesempatan nak buat. Panjang giler tag ni.
-
1. Bekas kekasih saya – ada hidung dan mata. Ntah siapa lah bekas kekasih saya. Hihi.
2. Saya sedang mendengar – bebelan Pak Nil di radio.
3. Mungkin saya patut – buat kerja lebih rajin, macam Encik Manager yang pantas dan tuntas.
4. Saya suka – kedudukan meja saya sekarang sebab boleh skodeng semua orang. Hihihi.. 
5. Sahabat-sahabat saya – ramai yang dah lupakan saya. Huhu~~
6. Saya tak faham – kenapa orang kaya selalu merungut pasal duit.
7. Saya kehilangan – pensil tekan kaler purple. Sape ntah yang curik~
8. Ramai yang berkata – saya macam anak sulung, padahal saya ada sorang kakak.
9. Cinta itu adalah – kenaikan bil telefon dan juga jerawat. 
10. Di suatu tempat, seseorang sedang – buat-buat macam tengah sibuk, padahal saya tahu dia sedang melayari Facebook.
11. Saya akan cuba – kantoikan dia sekejap lagi.
12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – sampai bila-bila.
13. Telefon bimbit saya – tak boleh jadik botol air. Hebat kan?
14. Bila saya terjaga – saya akan selimutkan adik saya dengan selimut saya dengan harapan dia boleh tolong lipatkan selimut bila dia bangun nanti, kerana saya malas.
15. Saya paling meluat – klien yang suka mengelat bila saya tanya pasal payment. Bila kerja nak cepat, bayar takmo cepat-cepat pulak.
16. Pesta/parti adalah – tempat yang banyak makanan yang selalunya percuma.
17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – ialah ikan bilis.
18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – bila saya dah kerja. Masa sekolah-sekolah dulu, saya selalu takde duit. Sekarang ni baru dapat pegang duit ribu-ribu (duit orang la tapi nya..)
19. Hari ini – saya pakai baju kaler kuning-kuning oren. Terbayang kek oren pulak. 
20. Malam ini saya akan – pau adik saya yang baru dapat gaji. Hauuu~~~
21. Esok pula saya akan – pau dia sekali lagi sehinggalah saya pulak dapat gaji dan kena pau balik dengan dia.
22. Saya betul-betul inginkan – mee bandung sekarang. Malangnya saya puasa pulak.
23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini – saya nampak muka saya dah macam muka kakak saya pulak. Wowowowo… 
24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – adalah tempat yang dah lama saya tak pergi.
25. Makanan Barat atau Jepun? – Dua-dua tak berapa suka. Tekak saya adalah tekak Melayu.
26. Bilik yang terang atau gelap? – Dua-dua ok je.
27. Makanan segera adalah – best kalau ia adalah free.
28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – “Syu, apa lagi Kak Nana nak kena buat ni???”
29. Lepas ini saya akan – call klien, update file, tulis report, buat bil, tulis slip bayaran untuk cek klien, print ledger dan kemas meja yang bersepah. Nak tolong tak?? 
30. Siapa yang anda ingin tag – Dila, Nadia, Huda, Echah, Zahid, Wandai dan Fadh.
Fadh, Wandai.. blog korang dah berhabuk sangat dah tu. Sila lah update!
p.s: Tag ni buat saya letih. Phewww….








aku suka icon2 tersebut…cumel giler…ekekeke
aku pun suka.
5. Sahabat-sahabat saya – ramai yang dah lupakan saya. Huhu~~
Termasuk aku ke? hehehehehe….
nampaknya, begitu lah.
aku selalu ape update ngan ko… M pun same ke? hehehehe…
ah, ko carik pasal ke wei?
nak gaduh ke??
M takde kena mengena.
aku lempang kang!
adus… jgn la mare… ni yg aku segan nk gurau2 ni…
Yess!!
Aku berjaya buat Fariz rasa bersalah.
Hahaha..
hahahaha… ko kalau ckp camtu mmg la rase serba salah… xpe..
1-0…
Hahaha..
terima kasih ya nana…
ye, sama2 balqis.
lenkali tag la lagi.
item #7, benda tu ada kat timbunan kertas2 kot…
takde,
takpe dah beli pensil baru dgn kaler sama.
Dah siap!
mana?
tipu..
erk..nana wuhuhu..mahap la..tag yang hari tu tak buat lagi..awak saje je nak suruh saya nampak bz depan staff saya kan??hahaha
[...] itulah gunanya adik beradik ramai, boleh buat aktiviti pau mengepau tanpa [...]
aku kene tag~~ tag~~ name tag~~ name tag sekolah~ (ntahpape je aku)
ha, buat.
da buat~