Ni citer 4 tahun lalu. Masa tu, saya masih di jabatan audit. Pergi audit dengan audit team ke Bandar P. Oleh kerana masa tu, saya muda belia lagi, mesti lah saya akan di buli. Kerja saya masa tu ialah, menjadi tukang fotostat dokumen di tempat klien dan kadang-kadang saya buli staf di Kompeni W. Kompeni W adalah klien kami.
Masa tu, akauntan kompeni (staf A) tu baru masuk kerja. Saya saspek staf A tu, mungkin eksekutif akaun di situ. Tapi, terma orang berniaga ni, orang yang menyelaraskan akaun termasuklah kerani akaun, dipanggil akauntan. Walaupun sebenarnya, akauntan adalah pengamal perakaunan yang berlesen. Hmm.. kalau kat Malaysia contohnya, kita ada MIA, (bukan missing-in-action yer).
Tapi, tak pe lah. Mereka pun pengamal perakaunan juga. Cuma tak berlesen je. Apa pun, kami melakukan hal yang sama. Dan mereka berhak. Kan?
Ok, staf A berkelulusan perakaunan. Dan hal-hal perakaunan, semua orang di Kompeni W tu, rujuk dengan dia. Semua orang di Kompeni W gelar staf A tu sebagai bapa perakaunan, macam Luca Pacioli. Tapi, bila kami datang nak buat audit, staf A mesti hilang. Sama ada pergi bank atau pergi amik dokumen di mana-mana. Pelik betul. Ofis W tu besar giler, takkan lah takde despatch, kan?
Saya saspek staf A mengelat. Dia malas nak menjawab itu-ini dengan kami. Iye lah, mana ada orang suka kan auditor, kan?
Semua akauntan, akan stress bila tiba waktu mengaudit. Semua kerja akan tergendala. Auditor akan dianggap penyibuk. Saya tahu tu.
Jadi, kami buat kerja tanpa staf A. Kalau ada dokumen yang kami mahu, tapi takde, kami hanya tulis nota kepada staf A dan dia akan sediakan esoknya, sebelum kami datang. Kemudian, dia hilang lagi. Dan kami mengambil masa yang panjaaaaaaaanggggg untuk selesaikan kerja-kerja audit di sana. Kalau seminggu dua buat kerja di sana, sekali je kami dapat jumpa staf A. Itu pun, sebab dia ada meeting hari tu.
Kami jumpa macam-macam benda dalam akaun kompeni W. Bukan benda yang salah la. Tapi, mungkin cara staf A buat tu, berbeza dengan cara kami dan berbeza pun dengan standard yang sepatutnya.
Hari ni, saya sudah bukan di jabatan audit. Tapi, saya dengar ngomelan dari budak-budak audit di ofis saya ni,
Staf Audit 1: Kenapa kalau kita datang Kompeni W, staf A mesti takde eh? Susah la, nak tanya dia apa-apa..
Staf Audit 2: Dia bagi kita pembantu, tapi orang yang tak tahu apa-apa, kan?
Staf Audit 1: Saya rasa, dia macam tak pandai buat akaun je. Semua akaun dia, pelik-pelik.
Staf Audit 2: Kalau kita tanya dia thru phone, dia jawab pun, macam buat-buat pandai je.
Hmm.. masih belum berubah staf A ni. Saya tak tahu kenapa dia masih di situ. Dia menyusahkan kami sebenarnya.
Dan bekerja di jabatan cukai lebih rumit, lagi-lagi kalau ada klien macam Puan Seri DF. Semua benda nak cepat je!!!






haha.
dulu saya jaga kewangan pun selalu bersoal jawab dengan auditor. dah la jabatan baru. tentulah banyak yang tak berapa betul. akauntan takde tapi penolong akauntan ada. dia pun masa tu baru2 masuk sama ngn saya. auditor tu pulak, bukan nak nasihat ke apa, tapi dia marah2 terus. dan bila pergi kursus dia boleh buat lawak pasal jabatan saya. katanya jabatan saya ni entah apa2 buat itu ini pun tak tau.
terus la saya blacklist dia. adake patut dia yang profesional tu buat macam tu? teguran untuk jabatan saya tu elokla dibuat teguran dalaman, bukan dengan cara mengaibkan kami kan.
nasib sekarang dia dah tukar ke tempa lain.
tu auditor saiko la tu.
staf A tu mmg cmtu….mcm pandai jer..
minta documen bercopy2..apa ntah dia nk buat…
bungkus nasi lemak agak nyer…hohoho
Hmm.. betul.
aku pun tak faham kenapa dia terlalu byk fotostat doc yg sama.
client sy pn truk gak.
die tau akaun die ade salah. tp x nk btul kan.
every yr die akan bg the same reason:
“korang kan auditor, korang btul kan la!”
huarghhh!
Gilalah. AKu tak faham siot entry ni. Hahahah.