Saya suka paksa adik saya belajar. Saya suka buat ayat penyata macam ni pada adik-adik saya bila awal-awal tahun.
” Korang, belajar la sebelum terlambat “
Lepas tu, adik-adik saya akan kata,
“Awal tahun lagik, rileks la.. bukan nak peksa pun..”
Pastu saya akan paksa diorang buat latihan dalam buku yang saya beli. Saya paksa buat sambil pegang rotan. Dari kecik, saya rasa adik-adik saya ni belajar sebab terpaksa.
Sebenarnya, saya bukan seorang yang rajin belajar pun. Tapi, saya suka membaca. Saya pantang tengok budak-budak sekolah lepak-lepak kalau takde keje.
Tahun ini, adik saya yang ke-enam, sedang menghadapi SPM. Namanya Ira. Ira sorang je yang rajin belajar, tak perlu paksa dia belajar.
yang kena panah: ira.
ini adalah gambar saya bersama kawan-kawan ira.
Oh ya, nama sebenar Ira ialah Sa’adatuldara’in.
Saadah – Bahagia.
Dara’in – Dua dunia – dunia dan akhirat.
Kesimpulan: Kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Saya jeles sebab nama dia best. Banyak koma-koma. Panjang pulak tu. Semua yang baca nama dia, akan eja dengan berhati-hati. Ada unsur Islamik. Ada maksud yang best. Nampak unik.
Pun begitu, nama saya ialah Suzana. Sangat komersil dan moden. Takde maksud. Saya dah luahkan di sini.
Sejak darjah dua, saya paksa dia belajar macam esoknya UPSR. Sebabnya, masa darjah dua, bila periksa, dia tak hantar kertas peksa sebab cikgu tak mintak, katanya. Dia bawak semua kertas jawapan balik rumah. Akhirnya, dia dapat nombor terakhir dalam kelas. Sejak itu, saya beri latihan tambahan dan dia perlu hantar pada saya walaupun saya tak mintak. Saya marah. Darjah 2 dah dapat nombor last.
Mungkin kerana itu, dia sangat rajin belajar, walaupun saya tak bekalkan rotan lagi. Dia belajar macam esoknya nak UPSR.
Masa tingkatan 1, dia belajar macam dia yang nak amik PMR esoknya.
Awal Form 4, dia belajar sampai malam macam dah nak SPM.
Tapi, kelmarin, saya cakap gini pulak,
“Kau ni, asyik belajar je. Cukup-cukup lah tu. Kau dah cukup pandai.”
Dia terkejut, seraya berkata,
“Abis tu, nak buat apa lagik?”
“Baca lah Ujang. Orang yang tak baca Ujang adalah golongan orang-orang yang rugi.”
Hahaha. Teruknya saya! Bukankah saya yang buat dia jadi begitu?
p.s: Nanti saya citer apsal adik saya yang ke 7 dan ke 8. Totally different dari Ira..








wish her luck ok…
insya allah..
kalau ingat, aku bgtau.
ramainya adik beradik..meriah betul.
good luck utk dia…..dia sgt cute….sejuk mata memandang….ader ciri2 wanita solehah…
izad:
ramai dan kecoh.
kak yam:
yg kiut tu ikut kakak dia.
ahahahahahah…nana ni sorg yang kejam dan ganas satu ketika dahulu..saya penah merasai dia memarahi adik2nya untuk belajar..cara dia..dia akan duduk atas kerusi sambil pegang remote tv..adik2 dia akan duduk dekat lantai buat kerja..dia akan terjerit jerit marah suruh belajar..lepas dia marah dia akan sumbung tgk industan..tersenyum2 n nangis2..then kalu adik dia lari..dia akan marah balik then sambung balik nangis2..ganas kan..n lagi kejam dia akan buat2 makan aiskrim kat atas kerusi tu..n adik2 dia, dia biar kan buat kerja kat bawah..so adik2 dia dapat tgk je la..hahahahahah…tapi nana ni kira ganas tahap mulut n mata dia la..kalu rotan pun dia rotan manje2 je..coz nana ni hanya back up dancer kepada lion king kat rumah dia..yg lion king tu lagi kejam tahap yang rabbi punya..
hadi a.k.a mr koh:
ni mmg mcm citer tipu.
aku ni lemah lembut.
aku takkan wat gitu.
HAHAHAHAHA..
(lemah lembut kah, kalau gelak mcm ni?)
kalu la time to adi ni dah kaya..adi beli hp yg ade camera..time dulu la..adi record!kepada semua yang tak percaya bleh la pergi ke rumah jiran2 dia n tanya..bagaimana gegaran suara nana ni gegarkan kawasan kejiranan rumah dia..sampai longkang pun pecah pada suatu hari tu..akibat suara nana menjerit..oh ya..anda patut mendengar cerita adik nya yang ke 7..itu tahap mangsa buli nana..n sekutu sekutunya..ahaks..lebih menarik
Hahaha. siot la lu, Adi!
Longkang tu pecah sebab korang merempit beskal atas longkang tu.
Jangan salahkan aku!
Ok, aku mengaku, adik ke 7 adalah mangsa buli utama.
HAHAHAHA..
Adi : aku pecaya kau~
Nana : HAHHHAHHAHHA~! kau sungguh kijam!!!
Adi:
Kau berjaya buat aku tampak macam kakak tiri Cinderella
Lanun:
Aku sebenarnya Cinderella. Aku difitnah.
cikgu garang la..ee takutnya..:p
haha. aku makan orang, kau tak tahu ke?
nana ko bukan kakak tiri Cinderella… ko lah mak tiri Cinderella~
waaaaaaaaaaaaaaaaa…
nampak macam mak-mak ke?
oh, aku tak sabar nak citer pasal adik aku yang ke 7.
sjk kwn ngn ko.. aku xde prob ngn nama SUZANA ni.. sbb ko mmg baik.. tp, since thn lepas, nama ni aku sgt bnci.. bnci.. dan bnci!! aku nye mympah ngn nama ni smpi aku mmg x bleh dgr or nmpk nama ni or yg sewaktu dgn nye la.. nsb baik nama ko dlm tepon aku nana. kalau SUZANA or SU, or SUE.. jgn harap la aku nk save nama 2.. klau betina 2 baca pe yg aku tulis ni lg bgus. biar ko tau betapa aku mmg teramat bnci ngn ko.. dunia & akhirat.. sekian, terima kasih…
* nana, sowi eh.. t’emo plak kt blog ko ni..
oh, bukan salah ibu mengandung.hihi.
anyway, rose zan adalah budak pertama yang saya jumpa di bilik ampaian di AYSK. dan dia buat derk dengan saya sewaktu pertama kali kami bertemu.
kan rose??? hahaha..
SUZANA yang kau benci ni, mesti pengganggu hidup kau kan? langau mungkin?
hhmm…
yg bole aku ckp, dunia akhirat aku x bleh nk maaf kn ye…
oh, sungguh serius kes itu.
pempuan senang skit nak suh belajar… hehehe… gud luck utk adik nana…
kak nana, tak baca Ujang adalah rugi? aiyoh, berapa tahun sudah aku kerugian?
[...] Ayah saya selalu panggil Ida, “kakak”. Dan Ira pulak ayah panggil “Adik”. Hahaha, ayah pun konfius, sebab Ida lebih ke-kakak-kakak-kan [...]
[...] Kesian Ira. [...]