Kenapa Ramadhan kali ini berbeza? Lebih gembira.. lebih pilu..

Tahun ini Ramadhan disambut penuh bezanya.

Oh ya…. Hari ini hari ulang tahun kelahiran mak yang ke 53. Happy birthday mak. Malam ni kita berbuka, makan kek, ok! Semoga Tuhan kurniakan kehidupan yang lebih tenang dan gembira buat mak.

ok, mak saya yang pandai bergaya tu..

Ok, pilunya kerana perpindahan Along ke dunia barunya, dan adik lelaki sulung saya yang jauh di mata, dekat di hati, macam tivi semilan. Adik saya ni sekarang ada latihan dalam hutan di Johor. Dia siska di UPNM. Dah berbulan-bulan kami tak bersua. Dia hanya akan pulang pada hari raya nanti. Apelah yang dia makan di dalam hutan kan?

Ok..sempena bulan puasa ni, saya nak hadiahkan lagu Si Baju Hijau untuk adik saya dan semua tentera-tentera di Malaysia. Hehe..

FYI, adik saya ni kembar. Syakir (kanan) dan Syahir (kiri). Tapi sorang je yang tentera. Sorang lagik pengganas. (owh..tipu je.. beliau masih belajar) Hehe. Dan lagu seterusnya ni, adalah suara adik saya Syakir, ini bukan suara Faizal Tahir. OK, sila puji adik saya yang bersuara lunak ini.

 

p.s : Lagu Gemuruh ni, ok la adik saya nyanyi, tapi kalo bagi lagu Anuar Zain, hancorrr, ok! Hehe..

p.s.s: Saya je sore je tak best bila nyanyi. Takde lenggok lunak langsung!

21 Respons bagi “Kenapa Ramadhan kali ini berbeza? Lebih gembira.. lebih pilu..”

  1. t.a.t.a Berkata:

    dari kelmarin lagi aku asyik dengar org nyanyi pasal lagu si baju hijau tu. aku bercadang nak anti lagu itu. aku mencik dgn watak dlm lagu itu! uhuhu..

    cik nana komuson, di mata dan di hati adalah 2 perkataan ya.. hehehe

  2. afham Berkata:

    tq for the music.. hehe..

  3. AyUmi Berkata:

    ohh kau ada adik kembar? waaa.. aku suka kembar. hihihi. tapi malang sekali, family aku takde kembar. huwaaa..

  4. نورنانا Berkata:

    ok tata,
    aku dh betul kan.tq.

    afham:
    welkam..
    (afham pun tentera, sama tempat dengan adik saya. sekian)

    ayumi:
    aku rasa, nanti aku pun dpt anak kembar.
    haha..family aku byk yg kembar, belah mak dan ayah.

  5. kak aini Berkata:

    best best..
    kenyang mendengarnya….
    kim salam yer..
    tp ko tak cakap sape yg nyanyi.. duet ke?

  6. نورنانا Berkata:

    oh ya kak aini:
    saya mmg mahu ditanyakan soklan itu
    Syakir yg nyanyi.

  7. buzzybug Berkata:

    sayu laa plak baca nana punya entri nie… huhuhu…
    suma dah besar2… ada haluan memasing…
    huwaaaa… tetiba teringat mak kat kg… huhu…

  8. نورنانا Berkata:

    huhuhu… saya rindu nk berkumpul ramai-ramai..
    hehe… rindu nak gaduh jugak!

  9. ain Berkata:

    sedap sore adik akak. huhu=)

    Ramadhan kali ni lebih byk nostalgia lah,kn?

    RIndu kampung!

  10. نورنانا Berkata:

    tq sebab kata sedap (saya tolong jawab kan bg pihak adik yg sedang berada di hutan)

    ye, nostalgia… saya rasa macam sayu je.. satu-satu bakal pergi, bawa haluan sendiri..

    saya tak raya di kampung, saya di KL saje.. takde nenek di kampung. tinggal nenek di KL saje.

  11. Lanun Berkata:

    lagu si baju hijau ni feveret aku ni….

    btw, adik ko mmg pandai menyanyi.. mcm nak tackle je.. ops.. haha…

  12. Lanun Berkata:

    Si baju hijau
    Sedang bertugas
    Di perbatasan
    Peluru tak bermata
    Harus waspada

    Datangnya ia
    Tak kenal saudara
    Lawanlah ia tentu
    Dengan hati semangat waja
    Tanda putra setia

    Gagah perkasa
    Bersedia
    Siang dan malam
    Di persada negara

    Lagi 1 aku suka lagu yang “hei siapakah di sana baju biru warna muda.. pakai kaca mata.. oh bergaya…” tp aku tak ingat tajuk.

  13. Tag: About Me | Noktah Hitam Berkata:

    [...] Nurnana – Ramadhan and fasting is not about food  :roll: [...]

  14. ngegeh babe Berkata:

    ako pon tentera gak..haha..tentera paksarela..

    mkn dlm utan? kitorg dulu siap bekal mknn dlm tin..sedap gak sebenarnya makan dalam utan. sekali dua kali jer la. masuk kali ketiga, sedey gilerrrr..nyamuk lagi satu hal..tp xper laa..adik ko lelaki..kalo ppuan rockdervogue (haha) cam ako pon survived, adik ko mesti xder masalah la. insya allah. ko doa2kan jer la dia. balik karnag..sure byk pengalaman/citer dia nk kongsi dengan korang sefamily.

  15. diarisenja Berkata:

    itu nama dia singing disorder..muahahah~

  16. kak yam Berkata:

    sedapla sore adik nana…

  17. نورنانا Berkata:

    Lanun:
    Siapa Gerangan, nama lagu tu nyanyian Sanisah Huri…

    Eddie:
    Tag kah?
    Aduiii..

    Doff:
    mesti kau comel pakai baju askar..ngeh ngeh ngeh,..

    Diari senja:
    Siapa yg singing disorder? Aku kah?

    Kak Yam:
    Nk puji adik dan mahu kutuk kakak kah ini?

  18. fiza Berkata:

    syakir nyanyi kat studio ke??
    sdp bunyi muziknye… ’smooth’ jer….
    kalo rakam sndr msti x ’smooth’ mcm nih
    hm… sdp… ader getarnye..
    nanti raye nak soh die nyanyi live la…
    hikhik

  19. SangPelangi Berkata:

    Perkhh.. gile arh.. real ke suara dia?
    Meh join band kitorang. Nama band kitorang “Ketuk Tin”..
    Weh sedap la suara die.. serius ke ni??

  20. نورنانا Berkata:

    fiza:
    ye, dia nyanyi di studio, masa tu dia ada praktikal kat library negeri, bhgn IT. then, dia saje la rakam2 lagu..

    SangPelangi:
    ye, serius dia nyanyi.
    dia rakam di studio

  21. Selamat pulang! « (”,) Berkata:

    [...] Saya tak sabar tunggu hujung bulan ni, dimana adik lelaki sulung saya akan pulang ke rumah. [...]

Tinggalkan jawapan