Owh, hari tu kan saya gi seminar, saya baru nak update pasal seminar tu ari ni..
Boring giler gi seminar di bulan puasa ni, saya tak tahan dok lama, dan saya sangat2 mengantuk lalu tertidur beberapa ketika. Tersengguk-sengguk saya dengar orang cakap-cakap-kosong dan ucapan-ucapan menteri dan pegawai eksekutifnya.
Sudahlah saya duduk sebelah peserta yang agak bosan dan pendiam. Owh, apalah nasib? Saya ada point yang tak dapat saya fahami dan soklan saya pada peserta itu hanya dibalas dengan muka pelik. Saya tak pasti saya yang nampak pelik, atau dia memang kedekut ilmu.
Saya faham dia puasa. Saya pun puasa.
Saya faham dia bayar mahal untuk seminar itu. Tapi, firma saya jugak bayar mahal untuk seminar yang sama.
Tapi, saya bencilah orang kedekut ilmu.
p.s: Sebelum saya pulang, dia ada ngomel pada saya. Katanya, dia takkan datang lagi seminar untuk percukaian. Banyak cakap dari informasi, katanya. Saya senyum sahaja dan sengaja buat muka sedikit pelik, haha..
p.s.s: Ada seorang kawan saya yang suka sebut kedekut sebagai ‘kedek’..

September 5, 2008 at 9:26 am |
hahahahahaha….kedek betul ler…
xpe..xpe…len kali ko jgn jd cmtu tau…
September 5, 2008 at 9:33 am |
mungkin dia pun tak faham kak nana….itu yang dia buat muka macam tu…yang dia tak nak datang lagi tu sebab dah la mahal, tak faham apa pulak tu…biarlah dia…cuma kita ingatkan diri sendiri la, jangan jadi orang kedek…
sabar kak nana sabar….
September 5, 2008 at 9:37 am |
kak nana buat-buat sabar je ni.
haha.
September 5, 2008 at 10:34 am |
kedek… teringat keledek… huhu…
puasa2 ni, suma perkataan bleh relate to makanan kot…
September 5, 2008 at 10:57 am |
aah..sebut nama NIZA
teringat PIZA..
haha..
bleh ke?
September 5, 2008 at 12:27 pm |
aku tak suke pegi seminar. selalu ngantuk je lebih. hahaha. tido kat umah lagi best. harharhar.
September 5, 2008 at 12:31 pm |
haha.aku suka sbb mkn2 nya selalunya best
bulan posa, x dpt mkn, dpt voucher je.
tapi xde kwn nak temankn makan berbuka.
September 5, 2008 at 1:32 pm |
boleh sahaja… hahahah…
September 5, 2008 at 2:26 pm |
aku ingat kedek tu mcm “hish ko ni jalan.. ter kedek kedek!” hahahah
September 5, 2008 at 3:19 pm |
terkedek-kedek?
hehe…
September 5, 2008 at 3:51 pm |
aku kenal 600 lebih orang gune kedek instead of kedekut.
Nak buat camne, mesti ade org nak tunjuk eksen.
September 5, 2008 at 4:02 pm |
wah 600.hahaha.
tu kawan yg kira rapat.
so aku kira sorang.
aku benci org berlagak dan kedekut ilmu,
dan besar kepala serta menjatuhkan air muka orang.
September 6, 2008 at 9:12 pm |
mungkin dia pun blur macam nana jugak kot mase tu. hahaha…
September 8, 2008 at 12:11 pm |
nana:
lor..awat x ajak aku jer teman ko bebuka…
September 8, 2008 at 12:15 pm |
Q:
takla. dia tak blur. saya tahu.
nini:
marilah. kita byr Rm 70, kongsi ber 2. ah, kaya nya kita.. ni namanya makan sampai berdosa.