Gunting rambut

Korang penah tak nak kenakan orang, last2 korang yang kena balik?

Hahaha… tadik, kat opis, baru je berlaku satu perkara. Kisah saya, staf R, staf H dan klien M.

Staf R: Helo, W*n*c*..

M: Assalamualaikum, Hani ada?

Staf R: Hani? Takde orang nama Hani sini.

M: Eh, ada staf guna nama glemer ke kat sini? Pagi tadi dia call saya tau.

Staf R: Siape ye? Rasanya takde orang nama Hani sini. Nak cakap pasal apa ye?

M: Saya nak gunting rambut.

Dangggg!!!

Staf R: Maaflah, salah nombor la.

M: Err..takpe la, pass to Su.

Staf R: Su? (Sambil pelik bin hairan. Apekah kaitannya gunting rambut dengan Su?)

(Talian disambungkan kepada saya)

M: Su, Assalamualaikum..

Saya: Waalaikummussalam. Emm… kenapa encik M?

M: Eh, Hani sape eh? Bukan ke Hani yang call saya pagi tadi?

Saya: Owh…. Bukan Hani la… Staf H. (sambil sebut nama staf H)

M: Laaa.. saya memang salah sebut la tu, baru nak main-mainkan Hani. Ingat nak menyamar. Anyway, receptionist awak garang la.

Saya: Oh, ye ke? Awak cakap apa kat dia?

M: Err… tanya la dia. Hehehe..

(Setelah selesai perbincangan tadik, saya dapatkan staf R)

Err…. Nak gunting rambut??? Haa… kan dah kena. Staf R ‘ter’ tinggi suara kot. Yelah, watpe nak carik orang gunting rambut di sini sedangkan kerja kami takde kaitan dengan fesyen rambut waima hair-stylist sekalipun. Tapi, takpe la. Klien M memang macam tu. Saje nak ceriakan petang kami yang kelam.

* Staf R bukan receptionist kami.

Lampu ni, kalau perasan, takde dijual di kedai lampu. Hanya di kedai gunting rambut je kita akan jumpa lampu ni. Tapi, salon-salon modern jarang dah pakai lampu gini, kan?

30 Respons bagi “Gunting rambut”

  1. niniey Berkata:

    sengal..~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. aishah Berkata:

    sengal jugak lah.

  3. نورنانا Berkata:

    hehe.memang sengal.

  4. zahidah Berkata:

    sengal2 sungguh adegan di atas…

    anyway, saya baru lepas gunting rambut…
    =)

  5. نورنانا Berkata:

    saya dah lebih setahun tak potong rambut
    saya potong rambut kalau mahu tukar life saya saje

    sekarang ni, i love my life
    sbb tu rambut saya dah lama tak berpotong.

  6. Fau in The House Berkata:

    huhuhuhuh adegan yg menyayat ati..hukhuk sabo yek cik niniey.. peace…

  7. نورنانا Berkata:

    huhuhu..pecah rahsia je kau ni..

  8. Fau in The House Berkata:

    ops!!! tesalah ckp ke? adoi hai..ampun..

  9. opie Berkata:

    nana…nak gunting rambut

  10. niniey Berkata:

    uiks…staf R bukan aku ler…
    nama aku kn mula huruf ‘N’..
    apa ler….

  11. نورنانا Berkata:

    Fau:
    Bleh saman ni..

    Opie:
    Aku reti botakkan org guna mesin rambut.
    Tapi, kalo kau, aku guna mesin rumput.

    Nini:
    Owh..memang bukan kau.

  12. Fau in The House Berkata:

    Cik Niniey
    Thanks…auwww…

    Cik Nana
    jgn saman sy jenuh lak nk membayor nti…

  13. نورنانا Berkata:

    Ekekekekekkkkk…
    Lampu camtu letak depan opis pun cun kan?

  14. niniey Berkata:

    fau:
    thanks for what????

  15. نورنانا Berkata:

    Fau giler…kau jgn layan.

  16. niniey Berkata:

    owh…ok…baru tau dia giler..
    patut ar dlu uma dia kt tampoi..
    skrg nie duk tg rambutan plaks…
    ader kerang di sebalik kuey teow rupa nyer….huhuhuhu

  17. NoktahHitam Berkata:

    hahahahah.. karut!

    lampu tu, aku ade, tp desk lamp la. dah retak skit

  18. buzzybug Berkata:

    haha… ada gak adegan kena2kan orang ni ekk…

  19. t.a.t.a Berkata:

    aku selalu hadapi situasi camtu, kasteme panggil salah nama. elok² Ta jadi Ti. so bila dia panggil aku buat dek je.. dia pun terus la bercakap ingat aku dgr la apa yg dia cakap. last² aku tanya,
    “Cikgu cakap ngan siapa sebenarnya?”
    “Err..? Nama kau bukan Ti ke?”
    “Suka suka cikgu je panggil saya nama tu. Tu pasal sy buat dek je.”
    “Oo patut pun ko diam aje.”

    Hahahah tu la sape suruh salah panggil nama. kan dah kena.. hahah

    p/s: paling teruk supplier panggil aku Sharipa. Haa..??? What the…?

  20. نورنانا Berkata:

    Sharipa?
    Ape kah?

    Aku, klien suka panggil aku, Rohana, Suhana, Suzila

    suka2 hati je..

  21. niniey Berkata:

    huhuhuhu..xpe..xpe…sume nama glamer tue…
    tp x bleh blah dgn en M tu…
    eh, aku nk ptg rmbut pendek…ok x???

  22. نورنانا Berkata:

    ok… dah lama x tgk kau berambut pendek.

  23. niniey Berkata:

    hahahahha…cm pic semlm..ok x???
    isk..aku dalam dilema nie

  24. نورنانا Berkata:

    poyo la dilema…

    mcm pic smlm, ok je..

  25. niniey Berkata:

    betul ler..dilema giler2….hahahaha

  26. Lanun Berkata:

    kitorang selalu angkat telepon lepas tu sebut nama department. Then diorang salah dengar ingat nama aku aisha la, melisa la, ntahpape.

    smlm ada laki tua gatal nak ckp ngan aisha, asek call je member aku. Pastu aku angkat n ckp takde org nama aisha kat sini. Terus tak call dah. Member aku check, org tua. Gelenyar betul.

  27. !x0r@ Berkata:

    “Gelenyar betul.”

    erk,ape tu? :shock:

  28. نورنانا Berkata:

    miang la tu

    miang mcm keladi tu…

  29. Lanun Berkata:

    takkan tak penah dengar gelenyar kut?

  30. qdetactive Berkata:

    tak pasal2 terceria terus. hahaha

Tinggalkan jawapan