Cinta sejati…

By نورنانا

Saya ada sebuah ‘cerkon’ yang berkisarkan tentang cinta pertama. Oleh kerana saya belum pernah mengalami kisah cinta sejati, maka kisah ini amat menarik hati saya..

“ada orang suka mawar sebab mawar cantik dan wangi. Tapi ada jugak orang tak suka bunga mawar kerana, walaupun cantik, tapi berduri dan menyakitkan”

“Tapi lebih baik menjadi mawar. Walaupun cantik dan manis, tapi berduri menjaga kehormatan diri”

-Anonymous

Hari itu, Rusli membawa Ruslina, calon suri hatinya makan-makan di pekan. Adat orang bercinta, saat berdua adalah saat paling bahagia.

Di pekan Z, tiada kemudahan LRT seperti di Kota Lumpur. Mereka ke pekan dengan menaiki bas. Di Kota Lumpur juga banyak bezanya dengan pekan Z. Di kota, banyak bangunan pencakar langit. Di pekan Z pula hanya tersergam bangunan tinggalan sejarah. Dan di situ lah terlakarnya kisah sejarah cinta suci pasangan ini.

Ruslina amat gemar dengan bunga mawar. Orang kata, bunga mawar adalah lambang cinta sejati. Dan kerana itulah, pertemuan merpati dua sejoli ini kerap kali diiringi dengan setangkai mawar merah.

Banyak kisah indah dalam cinta mereka. Kisah Rusli yang pantang terkena sapaan angin dari dalam bas, dan kisah Ruslina yang segan membawa setangkai mawar, di hadapan orang ramai di dalam bas.

Ya, memang Ruslina segan. Banyak mata memandang. Tapi, sebagai seorang yang macho ala-ala Takeshi Kaneshiro, Rusli terus memegang mawar itu bagi pihak Ruslina. Banyak hati gadis-gadis di dalam bas yang meruntun kecewa. Cemburu dengan kejantanan Rusli. Jaki dengan kegembiraan Ruslina.

Memang pantang Rusli, apabila terkena angin sepoi-sepoi bahasa, matanya menjadi layu. Fikirannya melayang. Dia terlena. Kalau perjalanan itu jauh, panjanglah tidurnya. Bayangkanlah, orang yang tertidur didalam bas, sambil memegang tegak sejambak ros merah.

Ah, comelnya.

Itulah yang makin membuatkan Ruslina terpaut padanya. Bukan sebab poket yang penuh, bukan sebab muka hensem, suci, putih dan takde jerawat, bukan sebab kebijaksanaan nya berbicara. Hanya kerana keikhlasan Rusli yang terang, jelas dan nyata. Tanpa segan, Rusli memegang bukti cinta mereka.

Itulah cinta pertama Ruslina. Ia juga sebuah cinta yang takkan bisa buat Rusli lupa.

Orang kata, cinta boleh terputik hanya sebab yang remeh. Yang kita sendiri tidak sedar. Cinta juga boleh juga terlerai hanya kerana sebab yang kecil. Yang tidak munasabah dan juga diluar kawalan kita sebagai manusia.

p/s: Huhuhu…. nama pun, RUSli, RUSlina, bunga ros (mawar).. Saya terharu..terharu.. sob sob sobbb…..

42 Respons bagi “Cinta sejati…”

  1. AyUmi Berkata:

    tak suka bunga rose. jangan bagi aku bunga rose. nanti aku buang. haha.

  2. baok Berkata:

    pergh… memang macho. macho ke laki bagi bunga kat pompuan? aku x biase la buat macam tu. ape komen ko?

  3. aishah Berkata:

    ahah, banyak nye cerkon dalam simpanan kak nana. apakah yang sudah berlaku? misteri betul post2 kak nana sekarang. apakah? apakah? semoga yang baik2 sahaja eh.

    saya suka je apa2 pun jenis bunga. LOL

  4. نورنانا Berkata:

    AyUmi;
    Aku pun tak suka bunga…
    Kita sama..

    Baok:
    macho la kot…
    aku x suka bunga…
    takde pulak org penah bg aku bunga…

    Echah:
    Misteri?
    Ahahahahaha….

  5. Lanun Berkata:

    aku suka bunga…. :)

  6. suzy Berkata:

    saya suke bunge ros….romantik ke mamat ni???no komen….

  7. Kak Aini Berkata:

    akak suka bunga..
    suka dapat bunga..
    dulu time bercinta, mastor suka bagi bunga..
    dia rindu kat kita, dapat bunga.. kita kata pening2 lalat sikit, dpt bunga..
    rasa bahagia bila mamat hantar bunga dtg kolej bg bunga..
    teringat boyfriend jauh di perantauan..
    kenangan indah..
    sekarang pun suka beli bunga ros segar letak dlm vase..
    hati berbunga2..
    i luv u hubby..

    hahahahha…
    komen dr aku yg jiwang..

  8. liyananaznim Berkata:

    selalunya kalau ada ‘cinta pertama’, mesti ada cinta2 yang seterusnya kan? huhuhu
    nway, saya suka bunga ros, tapi tak suka kalau lelaki bagi bunga ros. tak macho. kena bagi benda lain. haha

  9. kantoi Berkata:

    puhh….sadis tul cerkon ni.
    x suka bunga..suka mancing je…hehehehhee

  10. نورنانا Berkata:

    Lanun:
    Kau suka rose kan? Aku tau…

    Suzy:
    Romantik la kalo kau suka bunga.. Dalam kes ni, si gadis suka bunga..

    Kak Aini:
    Hubby U pun jiwang gak kalo baca..ekekekekkkk…

    Liyana:
    Tu la..kalo u suka bunga, mesti u kata dia macho..hahaha

    Kantoi:
    Mancing ikan ke org?

  11. baok Berkata:

    hmm… ape ade pada bunga. yg penting hati tue… kalau bg bunga pun, tp hati x syg betul2, x guna gak… kalau betul2 sayang, x yah bg bunga pun sayang gak… ish2… jiwang… hehehehehe…

  12. buzzybug Berkata:

    hahahaha… oh! ros! :P

  13. zahidah Berkata:

    suka bunga tapi tak suka dpt bunga..
    dan tak pnh dpt bunga pun…

    tapi kalo bagi pokok bunga, saya suka pulak…

  14. نورنانا Berkata:

    Baok:
    mmg la hati tu penting dr segala2nya..

    aku pun x suka bunga
    tapi aku rasa diorg ni sweet je…

    niza:
    ye..rose..

    zahid:
    saya pun suka pokok bunga..
    kat opis ada satu..

  15. t.a.t.a Berkata:

    kak aini, jiwang ngan hubby sendiri no hal, malah digalakkan lagi.. hahah

    nana, aku jugak enggak sukak bunga.

    rusli, ruslina, yusliana… hahaha apa khabar minah tu ye?

  16. KNizam Berkata:

    ingatkan ending dia, si rosli tuh jatuh terjelupuk tertikam ngan duri ros yg tegak berdiri. haha

  17. Kak Aini Berkata:

    teringat kat sari yuslina…
    ader kaitan ke?

  18. mirhans safni Berkata:

    cita betul ker ni? klu btl, cam x macho je Rusli nih..bole pulak tertido depan awek. kate saat berdua bersama Ruslina adalah saat bahagia, tapi bole pula terlentok..hehe..

  19. kak yam Berkata:

    dulu akak suke bunge tahi ayam…sbb umah akak kat kg byk bunger tu dulu..pas2 bunge tu dh mati..mak akak tanam bunge ros plak..akak pun suke bunge ros plak la..

    p/s…asyik entri jiwang jer ni lately..ader aper2 ker…..:)

  20. نورنانا Berkata:

    Kak Aini:
    xde kena mengena, ok..

    KNizam:
    bagus gak kalo ending gittew..

    mirhans:
    at least Ruslina dah tau kekurangan Rusli..
    comel la tdo dlm bas..

    Kak Yam:
    jiwang ke? ahahahaha..

  21. Kak Aini Berkata:

    akak selalu tdo dlm bas..
    masuk kategori comel rupa akak ni..

  22. baok Berkata:

    ye ke die tertido depan awek tue? mcm x je…

  23. zahidah Berkata:

    saya pun tidur dlm bas
    saya comel??

  24. نورنانا Berkata:

    Kak Aini & Zahid:
    Ye..kamu comel…

    Baok:
    Ye, dia tdo dan dia comel…
    apsal? kalo tdo dlm bas x comel ke?
    aku rasa, comel…

  25. shuxie Berkata:

    i bab bunga2 nie i tak berapa gemar.. bukan tak suka ek.. kalau org kasi i amik jer ngan ikhlas.. tapi kalau kasi makanan.. ceklat ker kek ker lagi hamba suka hohohoho….. kasi duhet bertambah2 ler hamba suka.. hahahah

    nana… ko nie sejak balik cameron jiwang jer hahahah.. terbeku ker otak ko tue… but aper2hal pung i tetap suka membaca hahaha…

  26. NoktahHitam Berkata:

    err… ko ni semakin konpius kan aku.

    kalau ko ade cerkon, aku ade certe. amcam?

  27. diarisenja Berkata:

    thanx ziarah, saya add ya..=) by d way, boleh ajarkan saya tak macam mana snap gambar, contohnya statistik dalam entry lepas awak…
    boleh ya…=)

  28. نورنانا Berkata:

    shuxie:
    aku sekadar bercerita.. tapi ia bukan kisah aku…

    NH:
    Kau yang konpius kan aku..
    Dah la kata kau tahu kisah aku..
    Pastu kau konpius kan diri kau sendiri bila baca kisah ni..

    Aku pun tahu apa kau buat hari minggu yang lalu..
    Hehehehehehe….

    p/s: ‘Certe’ tu hape eh??

    Diarisenja:
    Saya dah email kamu… Nanti tengok eh!

  29. buzzybug Berkata:

    nana, awat banyak sangat cerkon skang ni? ada apa2 terjadi kah?
    anyway, kalu saya dapat bunga ros time dating, errr… saya tamau bawak. malu… haha…

  30. نورنانا Berkata:

    niza buzzy:
    echah kata saya misteri.. hahaha..
    takde apa yg misteri…
    sekarang musim cerkon..hehe.

  31. hazri87 Berkata:

    saya suka tanam bunga, hahaha…

  32. Lanun Berkata:

    nana, xde entry baru ke?

  33. نورنانا Berkata:

    hazri:
    saya pun suka tanam bunga…

    Lanun:
    takde..takde org anta cerkon la ari ni..ekekekekkkk…

  34. aishah Berkata:

    kak nana busyuk, [bukan busuk] cacah dah anta cerkon! :P

  35. buzzybug Berkata:

    nana, nak cerkon lagi… hehehe…

  36. buzzybug Berkata:

    saya baru dengar lagu yang nana attach skali ni… mak aiii!! Hattan… i like!! <3 sangat suka lagu ini dan penyanyi ini!! hehe…

  37. qarya Berkata:

    comel ke tertido sambil pegang bunga ros?? motif sangat. hahaha…

  38. نورنانا Berkata:

    niza & echah:
    ada cerkon baru…
    check it out…

    qarya:
    comel… saya suka..

  39. diarisenja Berkata:

    cerkon tu apa ya? hee~

  40. t.a.t.a Berkata:

    Cerita kontot = cerkon.

  41. fadh Berkata:

    ehem….

  42. نورنانا Berkata:

    apa ehem-ehem?
    nak ubat batuk ke?

Tinggalkan jawapan