Seronok.. seronok..
Yer..percutian ke Terengganu, sangat seronok.
Saya pulang ke Terengganu menaiki bas, Sani Ekspress.. errr, sempena pelancaran bas 2 tingkat (double decker) yang julung kali nya diperkenalkan untuk Sani Ekspress, saya dan adik-adik dikejutkan dengan kedatangan Encik Sani Salleh (pemilik syarikat, bekas penyanyi, kumpulan Impression..) (BACA: (Nyanyi) Ku tertawan, ku ditawan, senyuman mu menawan..). Beliau sangat hensem, patutlah Kak Ani tertawan.. hehe..
Saya dan adik-adik sampai kul 6 pagi dan uncle-uncle saya jemput dan pulang ke Pulau Duyong..
Aktiviti yang saya jadualkan pada hari Sabtu ialah menghadiri majlis perkahwinan opismate saya. Saya bercadang nak naik bas aje ke Paka. Oleh kerana status saya yang ‘sepuluh tahun sekali balik kampung’ ini.. pakcik-pakcik saya berkeras nak hantar ke Paka.
Maka, saya ke Paka, bersama adik-adik dan pakcik-pakcik dan bertemu rombongan opismate yang lain di sana. Niat di hati nak berjimba-jimba bersama rakan-rakan seopis terkubur begitu sahaja kerana ‘bodyguards’ nak ikut kami ke mana sahaja.
Seterusnya, saya mengikut rombongan ‘pakcik sendirian berhad’ ke SUKMA (kan Terengganu jadik tuan rumah) untuk acara petanque di Dungun. Selain itu, saya berpeluang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Seberang Takir dan Pusat Akuatik, berhampiran Pantai Batu Burok. Owh.. sungguh bersemangat kesukanan pakcik-pakcik saya ni..
Pakcik-pakcik saya ada bisnes kedai makan di Pulau Duyong, dan semestinya acara-makan-makan ditaja sepenuhnya oleh pakcik-pakcik saya yang hensem-hensem belaka (Baca: Acara hunting lelaki-lelaki kacak hancur lebur begitu sahaja..dengan kehadiran uncle-uncle saya ni)
Owh…selain itu, saya sempat ke Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan Pasar Payang serta mengelilingi Bandar KT. Tima kasih ek pokcik-pokcik…
Penatnya berjalan..dan saya pulang pada Ahad malam, jam 10.30 malam. Alhamdulillah perjalanan pergi-balik sangat selamat.
Fakta: Pakcik-pakcik saya ada 8 orang dan mereka berumur 23-34 tahun. Sape nak jadik makcik saya??? Tapi yang available untuk pakcik ke 3,5,6,7 sahaja.
Nota kaki I: Saya tak sempat jumpa Mucs, sebab Mucs sibuk dan takde kelapangan.
Nota kaki II: Pic, saya upload kemudian..
Nota kaki ayam: Ayumi, nanti hujung minggu baru aku antar kat ko eh, kopok ko..
Jun 9, 2008 at 3:45 pm |
huhu….kim salam kat pakcik yang hensem dan available! yang kacak, tinggi dan mempunyai senyuman manis!
yak a au!
Jun 9, 2008 at 3:55 pm |
saya nak jadi makcik nana… hahahaha…
Jun 9, 2008 at 3:56 pm |
hoh….
ade pakcik hensem ghupenye…..
awat x knlkan kat sye..
hehheh….
wahh… semangat SUKMA nampaknye…
Jun 9, 2008 at 3:58 pm |
haha… pakcik paling ensem 23 tahun… still mahu?
Jun 9, 2008 at 4:04 pm |
uih…. sebaya 2….
okla 2..
hikhik
Jun 9, 2008 at 4:46 pm |
sabtu pagi le. petang aku dah naik flight pi kelantan kot. haha. nanti confirm balik…
Jun 9, 2008 at 7:40 pm |
wahhhhh…balik kg nampak….best teghanu ranking no 1 sukma…yea..yea…
Jun 10, 2008 at 9:24 am |
huh…lebur harapan nk jimba2 dgn ko….isk isk isk….
cmni nk kenal gak la dgn pokcik ko yg available…ekeke
Jun 10, 2008 at 4:01 pm |
aku suke ganu sbb ganu ade byk pantai cantek2….
ganu ade kopok leko 007…
tp brg2 kat ganu mahal….hehhehehe….
nana, aku rase ganu menang sukma sbb ko ngan adik2 ko balik ganu la….sblm nih tak penah menang
Jun 10, 2008 at 5:17 pm |
fiza:
u want to be my makcik?
ayumi:
ok pg sabtu..mcm aritu
kak yam:
saya rasa sebab saya balik la..tganu no. 1
nini:
u also want to be my makcik?
opie:
aku sokong kenyataan ko tu..
Jun 10, 2008 at 5:26 pm |
err…..
hehe….
Jun 10, 2008 at 7:16 pm |
eiii…perasannyer dak nana nie….:p
Jun 11, 2008 at 3:01 pm |
x bleh ker…ahaks..
kn sng blk ganu sma2 nnti…muahahaha
Jun 12, 2008 at 8:59 am |
sib baik aku ni bini orang…hehehe terselamatlah dr godaan jadi makcik ko na…hahahaha
Jun 14, 2008 at 3:58 pm |
kak nana, aku nak jadi makcik ko!
ehh tak leh panggil k nana dah.. panggil apa ye… hmmm haaa.. bakal-anak-saudara-ku yg chomel!
hahahaha panjang betul nak panggil.
apa pun aku tetap nak jadi jugak mokcik ko!
ahakksss..
Julai 10, 2008 at 5:27 pm |
[...] percutian saya ke Terengganu bulan lalu, saya telah dipaksa menjadik raksasa dan aksi-aksi merobohkan bangunan telah [...]