Tag: Kembali ke masa lalu..

Tata tag saya untuk kembali ke masa lalu.. Jika saya diberi peluang untuk kembali ke sesuatu masa… zaman manakah yang saya mahu kembali?

Dulu, masa dok sekolah berasrama, satu batch tu tak sepakat.. Ada puak A, puak B malah ada C, D dan E..

Teringat pada satu peristiwa, saya dipanggil oleh rakan-rakan sebaya (masa tu saya Form 4). Ok, kita panggil mereka puak pengawas. Mungkin diorang rasa, pengawas, ialah orang yang paling berkuasa ketika itu. Saya pada mulanya tak tahu kenapa perjumpaan tertutup itu diadakan. Rupa-rupanya nak tegur saya, sebab saya terlalu baik dengan senior Form 5 dan junior-junior.

Semua pengawas bercakap-bercakap dan salah menyalahkan puak itu dan puak ini. Akhirnya, telunjuk semua dialihkan kepada saya dan saya serta saya. Dan yang sedihnya, mereka mengungkitkan 1001 masalah yang menunjukkan saya bersalah.

Rakan di antara pengawas itu, kebanyakannya kawan-kawan saya sendiri. Kawan yang makan bersama, beriadah bersama dan mendobi bersama.

Tapi, masa saya kena marah dan dipersalahkan… tiada seorang pun yang menyokong saya, kecuali Fizz dan Ija.

Puan R, maaflah.. kau pun tak sokong aku, Puan N pon tak sokong aku, Cik N pun tak sokong aku. Aku rasa patah kaki, aku rasa hilang kawan, aku rasa hilang saudara. Aku bukan nak ungkit, Cuma aku rasa masa itu, aku kenal mana satu kawan aku. Yus, Uji, Tata, Yan dan Yana.. aku tak cakap pun dengan korang pasal hal ni, sebab aku tak nak korang bergaduh sebab nak pertahankan aku.

Walaupun peristiwa ni dah lebih 10 tahun berlalu dan kami satu batch dah kembali bersatu, saya masih tak dapat padamkan dalam kotak memori saya. Saya macam nak patah balik belakang dan pilih kawan semula. Saya nak pilih kawan yang betul-betul kawan susah dan senang saya.

Oh…sungguh emosi.. saya takde mood nak tag orang.. sape nak kembali ke masa lampau dan betulkan keadaan.. sila angkat tangan

p/s: Kawan-kawan seasrama, entri ini adalah entri flash back,.. saya sekadar luahkan perasaan saya masa tu… kawan-kawan jangan kecik ati ye.. saya sekadar menjawab tag cik TATA, tag –sekiranya saya dapat pulang ke masa lalu, apa yang ingin saya betulkan… sebab saya rasa keadaan saya masa tu seperti dimalukan dan dijatuhkan oleh kawan-kawan sendiri..

23 Respons bagi “Tag: Kembali ke masa lalu..”

  1. aishah Berkata:

    huhu sedih…sedih….

  2. niniey Berkata:

    huhuhu..sedih2….

  3. Puan R (as abovementioned) Berkata:

    nama aku lah tu yg terbabit huhu….
    well..aku tak igt sgt dah bende2 tu..
    tapi bagi aku tugas tetap tugas, tapi kalau ko rasa 100% ko di salah kan mintak mahap je lah..
    setiap yg berlaku pasti ada sebab…puak pengawas waktu tu tak gila kuasa cuma kitorg cuma done our job..
    kalau ko kat tempat kitorg…apa yg ko harus buat..
    i’m not pretending to be good..

    well now ko kool kan…bende yg sakit mmg berbekas kat hati..cuma jgn ada dendam…
    aku tak pandai nak pujuk ko na…we still fren kan

  4. fiza Berkata:

    huhu… bende lame yg diungkit kembali…
    sye ade la gak perasan puak2 tu mase f1 dlu…
    mase kat dorm cempaka dlu…
    tp bnde lps….kebanyakan batch akan ade puak…
    batch sye pon mcm 2…
    kes 2 pn berlaku time f4. kes perlantikan prefect f4 br…
    sye pon kne gak..
    sbbnye penguasa lantik sye jd pengawas f4….
    huhu.. mmg sedey…
    tp at last ok la gak

  5. Insan Kerdil Berkata:

    x pelah, benda ini mungkin satu pengalaman untuk kita lebih pandai dan berhati2 untuk masa depan. Lihat apa yang jadi sekarang, kita semakin bijak dalam kehidupan. Betul x??

  6. AyUmi Berkata:

    nana, tak mo sedih-sedih okay. you know we can’t go back to the past. but anyway, pity on you la. *sob sob sob*

  7. ika Berkata:

    sedih la kak nana..

    kalau ika,ika pun nak putar balik masa tu n pilih mn 1 kawan yang betul2 kawan.hurmmm…

    masa kita susahla kita boleh tau mana 1 kawan yang btl2 kawan kan.

    kat skul ika dulu lagi banyak puak.
    ika tak masuk mn2 puak. ika paling rapat ngan sorang kawan ni je. tapi ika n dia ok ngan semua.
    payah kalau ada puak ni. jadi orang lain pun terlibat bila sorang ni bergaduh ngan sorang yg puak lain

  8. opie Berkata:

    tp sorry to say la kan…mmg ade 2 3 org yg belagak sungguh….maleh la nak sebut name….tp mmg aku tak kenan sgt pon…tp bukan rehan yek…bg aku rehan ok la ngan aku…hehhehehe

    tp tu la, mmg ade bende yg akan jadi kisah pahit utk kite….hidup mesti diteruskan nana….kalau jalan hidup mendatar jer pon tak besh jugak..biar la berliku sket…baru adventure

  9. buzzybug Berkata:

    sedih la nana entri ni~ glad u had that kind of experience, at least u know which one is your true fren, rite? dats why i don’t like to think of the past~ huhu…

  10. t.a.t.a Berkata:

    buzzy, yg dah lepas yg sedey² aku pun tak nak ingat dah.

    nana, aku pun tak ingat kes tu. ko pernah kena panggil ke dulu? form 4? dah tue dah tu kite.

  11. نورنانا Berkata:

    Puan R:
    aku rasa masa tu macam nak keluar asrama je..
    skang aku dah ok..
    hei..jgn salahkan aku rehan..tata tag aku.. aku jawab tag je..
    hehe

    fiza:
    asrama kita mmg camtu..ada puak2.. benci heh..

    opie:
    kita ni puak minoriti masa tu… i’m glad to have u as my friend.

    tata:
    ko bukan tak igt… ko taktau..sbb aku malas nak kecoh.. dah ko tag aku..aku bgtau la…

    kawan-kawan seasrama:
    if ada kawan2 se asrama yg baca entri ni, termasuk sesiapa yang teringat kes ni, aku mintak maaf sebab terlalu berterus terang
    aku cakap apa yg terbuku.. tapi, aku gembira sebab kita satu batch dah bersatu semula… cuma sekali sekala ckp benda2 yg pahit ni, flash back-flash back sikit… tu la seronok…

    kawan-kawan bloggers:
    terima kasih atas keprihatinan kawan.. sedih citer ni…. saya mmg takkan lupa…sebab benda ni terasa cam kena tikam oleh kawan2 sendiri…

  12. zahidah Berkata:

    zaman2 asrama mmg mmg camtu kot kat memana pon
    tapi bile dah beso2 ni, dah matang..boleh pk dengan rasional…
    yang tak ngam dulu pon bole jadik ngam

  13. fiza Berkata:

    bese la bile 1 batch tuh sampai 1 bas bilangannyer…
    mesti ade puak2….
    tp yg semestinye paling ketara puak prefect ngan bdk biase…
    tp alhamdulillah mse f5 da ok….. nak jd contoh la katekan..
    hehe(menceriakan keadaan)

  14. t.a.t.a Berkata:

    nana sori sbb tag aku kes ni timbul. sorii nana..

    *sedey.sedey*
    k*k* r*t*r* tul la.. grrrrr….

  15. suzyreen Berkata:

    sian nana…da 2 kali aku dgr cite ko ni nana…sian ko kn…tp sume tu cite lama nana…bdk hingusan lagi…xleh nk pikir panjang…maafkan le

  16. نورنانا Berkata:

    maafkan dah..tapi ni tag.. tata yg tag…aku jawab tag je…

  17. shuxie Berkata:

    takpo la nana… bukan kat asrama jer ader puak kat sekolah, kolej,opis, kampung, bandar suma ader puak… kita bersabar jer la…
    yg penting kita tau saper kawan sejati and tak… banyak kebaikannya mende ni terjadi…
    take care ek nana.. just remember ramai lagi sayang and care kat ko :) smile always my nananano hihiihihi

  18. yanacomel Berkata:

    hahaha… semua org sedih. aku nak ketawa la. bukan x sensitif tapi kalau benda tu x berlaku ko x kenal siapa kawan dan siapa lawan. lagi satu nanti x delah benda ko nak tulis kalau tata tag ko lagik. tul x! wei tata ingat aku lagi x? (sori nana aku tumpang blog hehehe)

  19. opie Berkata:

    oit yana…igt aku lagi tak???…

    sorri nana…tumpang blog ko…*wink*

  20. Payungbiru07 Berkata:

    herm.
    aku pun pernah rase gak..\sebabnyer.jeles..
    bodoh betul.takur bf kene rampas..
    sdgkan bf die tue xboy aku..
    hahahahaha
    sengal..
    ccemburu punye pasla.
    aku pun x faham..

  21. t.a.t.a Berkata:

    oit yana.. aku ingat je kat ko! hahaha

    sorri nana… aku pun tumpang jerit pada yana kat blog ko.. hahhaha

  22. نورنانا Berkata:

    haha..main jerit2 kat blog aku..

    byr sewa!!

  23. Memori lama « (",) Berkata:

    [...] Entri ‘Ter’popular Alhamdulillah, harap semuanya bertambah baikTempat baruKKKL.. KKKL.. KKKL..!!Rahsia Senyum?Le gardenieKarangan pertamaGelak Golek-GolekAduhhhh..AlwaysTag: Kembali ke masa lalu.. [...]

Tinggalkan jawapan