Tag – 5’s (Saya… Dia…)

By نورنانا

Saya di tag lagik.. Kali ni.. Echah tag saya.. 3 tag berturutan

5 hadiah yang saya mahu dan kenapa nak 5 hadiah tersebut

i. Basikal BMX baru


>> BMX lama saya dah rosak.. Saya ni ‘BMX rempiter’ sejak kecil – sambung sampai UiTM Melaka- sambung sampai dah keje, jadik ia dah sebati dengan jiwa..

>>minat sangat merempit dengan basikal berbanding memandu kereta (Sila jangan tergezut..)



ii. Camera digital

>> Sangat suka amik gambar, tapi tak banyak masa nak belajar macam professional photographer. Sebenarnya, saya masih ada menyimpan cita-cita nak belajar, satu hari nanti, sekiranya di izinkan-Nya.

iii. Laptop

>> Saya lebih suka guna desktop di ofis, Tapi, kalau kat rumah, saya terpaksa kongsi computer dengan ayah dan adik-adik.. maka kebarangkalian tahap kerajinan melampau semasa dirumah adalah mustahil. Kalau ada laptop sendiri, saya lebih rajin Hapdet blog, carik part time buat account banyak-banyak, dan ia juga lebih mudah disimpan.

iv. Handphone yang lebih canggih

>> Hand phone Nokia 2100 (saya guna sekarang) (cap ayam jantan lapar) boleh masuk nombor tepon kekawan sebanyak 100 nama je.. Simkad pulak 250 je. Jumlah = 350. (Manader memory card mcm tepon canggih2 tu..) Tapi, kan kawan-kawan saya ada beribu-ribu, maka selebihnya saya akan tulis dalam buku telefon manual (ala-ala buku 555) , sangat konvensional kan?

>> Saya pulak suka telefon Nokia 2100 ni, sebab saya dah lama gunakannya dan ia jarang meragam.. Ia adalah pemberian ayah saya. Ia sangat kecil dan mudah dipegang. Walaupun ia tiada kamera dan jumlah simpanan nombor telepon yang sangat kecik, ia masih kelihatan comel..Mungkin kena tunggu telefon idaman (mcm pic atas ni), yang berjaya buat saya berubah hati??

v. Soulmate

>> Sape yang takmau ada soulmate kan?

>> Pastinya ‘dia’ akan menjadik peneman hidup saya sepanjang hayat.. Insya Allah..

Sape tag saya ni, >>> Dik Echah

Saya, Echah dan Dik Aiman

5 impressi pasal beliau…
i. seorang kawan, adik yang baik hati (‘si dia’ je tak perasan.. kesian Echah..)
ii. Sentiasa bersama (walaupun jauh dimata) ketika saya dalam kecelaruan atau dalam kegembiraan (same goes to Niza.. thank you)
iii. Saya kenal beliau di sini, di WordPress, tapi bila saya jumpa beliau, kami (saya-niza-echah) rupanya banyak persamaan dan sejiwa.
iv. Good listener
v. Saya perasan yang Echah ni suka kaler merah.. (ni impressi ke??)

Perkara yang paling membekas dia pernah lakukan untukku…
Takde perkara yang menyakitkan hati yang membuatkan saya terbekas..hehe… semuanya baik-baik belaka..

Most loved invention..
Kalau orang lain suka selimpang tudung, saya pulak suka simpul hujung tudung.. sebab saya kan tak tinggi tapi tudung-tudung sekarang pulak, panjang-panjang…so saya simpul dan ikat aje kat hujung

Sapa rapat dengan saya, tau la kot?? (Yus kata, saya bleh masuk magazine ‘dara.com’ (magazine yg banyak fesyen tudung dan muslimah) sebab gaya tudung saya bleh jadik ikutan..hahaha..)

What I despise so much
Kalau saya dah marah, semua orang/benda saya nak maki. Sungguh keji..

5 orang saya nak tag

i. Puan Opie

ii. Puan Zahidah

iii. Puan Faizzah

iv. Puan Lanun (lagik?? Haha..)

v. Puan Acu Janesach

** Kali ni, yang kena tag ..sumer bini orang..Hahaha..

33 Respons bagi “Tag – 5’s (Saya… Dia…)”

  1. faizzah Berkata:

    na, org dah tukar link ye. http://mentariindah.blogspot.com nanti org buat tag tu ye.. mcm best je.

  2. AyUmi Berkata:

    aishah suka kaler merah? sama la. hehehe. (eh tak. saya suka maroon. hehehe)

    nana : kaki basikal rempit. tak sangka. tak sangka.

  3. نورنانا Berkata:

    Hahaha…
    aku mmg suka rempit basikal..
    tapi aku suka BMX..bukan mountain bike..

  4. t.a.t.a Berkata:

    Waahh skang ni musim tag mengetag ya…
    hahah nasib lum kawen.. :lol: kalo tak kena tag lagi.. hahah

  5. ila Berkata:

    sila tag t.a.t.a lagik

  6. نورنانا Berkata:

    Tata:
    Kang ..ko dh kawen..aku tag ko..haha ..nak?
    sbg adiah kawen..

    Ila (my sis):
    apa lawak bonar avatar ko?
    ko rasa klaka tak?

  7. ila Berkata:

    ko penah makan mangkuk tak???

  8. نورنانا Berkata:

    k..aku dah tukar..nmpk ok sikit..comel..haha..

  9. t.a.t.a Berkata:

    nana jgn terpengaruh dgn ila ya.
    sila abaikan. hahaha..

  10. AyUmi Berkata:

    t.a.t.a : tag yang banyak tu pun hang tak buat lagi.. pasni aku dpt tag.. semua aku nak bagi kau je laa.. hahaha~

  11. نورنانا Berkata:

    AyUmi;
    Aku setuju..

  12. niniey Berkata:

    huhuhu….aku pun nk hp baru..hehe

  13. نورنانا Berkata:

    nini:
    nnt bday aku, sila kumpul duit dan penuhi carta idaman aku..k??

  14. niniey Berkata:

    xnk ar…duit aku x ckup tuk bli sume brg2 idaman ko..
    pekata kumpul sndri2…
    pastu bg adiah kat diri sndri jer…ekeke

  15. نورنانا Berkata:

    x nk..aku suka kalo org bagi..haha..

  16. buzzybug Berkata:

    saya pun suka merah!! haha… dah lama saya x naik basikal…

  17. نورنانا Berkata:

    niza:
    (saya naik beskal sebab nak naik moto, x sampai..)

    niza, saya suka MERAH jambu.. Merah pun boleh jugak…

  18. faizzah Berkata:

    nana, dah jawab tag itu dah tapi tak complete lagi! huhuhu.. ni link baru blog saya. http://mentariindah.blogspot.com

  19. janesach Berkata:

    Siot.
    Tapi nasib aku seorang yg cool.
    Aku dah jawab.
    Harap ko dapat sediakan semua yg aku nak tuh.
    Sekian, terima kasih.

  20. mahsyar90 Berkata:

    yeah naek basikal bole menyehatkan badan.. :D

  21. opie Berkata:

    nana…ko nak soulmate sebagai hadiah ek…cam ne ek aku nak bg soulmate mase besday ko nnt…heheh

  22. lydiarayyan Berkata:

    hadiah last tu haku pun nak!!!

  23. نورنانا Berkata:

    faizzah:
    Updated!

    Acu:
    Sila mintak Fizan…

    Mahsyar:
    Yeah!

    Opie:
    Berikan aku calon2 nya..

    Lyd:
    Sumer org nak!

  24. qdetactive Berkata:

    canteknyer enpon tuan hamba itu…

  25. نورنانا Berkata:

    bukan tepon den la…den idam tepon gitu…

  26. Kak. Hajar Berkata:

    best betul tgk nana and friends tag2… seronok dok baca…. MMA
    akak pun teringin kamera, hak yg sekrg nie dok meragam…. nak cr yg slim menylim la…. sapa la nak bagi ? kena beli sendiri la gamaknyer..

    lama hp nana tu ekkk..
    jom tukar hak baru…

    soulmate akan dtg dgn sendirinyer…
    pap ! pap ! aku sudah jatuh cinta….
    kekekekekekeke…
    dah jadi mcm tu, habaq2 yer…

  27. cacah Berkata:

    thanks kak nana…muah!!! ;)

  28. نورنانا Berkata:

    cantek x pic ecah mcm tu?

  29. opie Berkata:

    dah ciap dah…huhuhuhuh

    http://opie5662.blogspot.com/2008/05/tag-5s-sayadia-ikut-tajuk-nana.html

  30. *wink wink* « hide & seek Berkata:

    [...] another lagu natasha bedingfield. saya tujukan khas utk Nana~ sbb dia nak sgt dapat hadiah ini… wpun dia letak dalam ranking ke-5 dia… tp, saya tau, [...]

  31. zahidah Berkata:

    hallamak nana, baru ku perasan kena tag ropanya…
    insya allah mesti buat punyer sebab nana punye pasal…hehehe…

  32. zahidah Berkata:

    nana, done!

  33. نورنانا Berkata:

    tq…i dah comment..

Tinggalkan jawapan