Rahsia Senyum?

By نورنانا

Kenapa kadang-kadang kita rasa otak kita berserabut.

Kadang-kadang perkara kecik pon leh jadik masalah besar

Emm…mesti muka pun masam mencuka…

Ishh… senyum la sikit…. Senyum kan sedekah… Don’t worry, takde modal besar pun nak senyum ni…

smile_1.jpg

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan ebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormone ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

tl-it_feels_good_to_smile_star_border_button.jpg

Pujangga menyebut :” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

**** Dapat dari sebuah email..

Komen di sini    ;)

32 Respons bagi “Rahsia Senyum?”

  1. niniey Berkata:

    pasni kalo aku marah pun aku kena snyum la….
    tp leh ker aku marah smbil senyum???

  2. نورنانا Berkata:

    bleh…ko try je senyum..

    ** senyum tau, bukan sengih, nanti cam kerang plakkksss….

    P/S: eh, mana nk carik kerang bakar, tgh2 hari ni?

  3. no.sher.ta Berkata:

    senyum seindah suria… ahh.. lalalala..
    naa..kenapa org selalu sebut senyum kambing?
    knp tak cakap senyum kucing ke ayam ke apa ke..
    comel apa kucing tu senyum? hehehe

  4. نورنانا Berkata:

    sebab kambing lagik comel kot bila senyum
    hehe…
    lagikpon kambing tu cam kewllllll je mukanya…

    jarang tgk kambing yg x kool…yg nak marah, nk ngamuk..

    (ehehehe… aku memahami kambing..)

  5. niniey Berkata:

    NARA ler….kan ader…
    td aku tnya ko xnk turun…ekekeke

  6. نورنانا Berkata:

    laa..ye ke..jom mkn kerang….

  7. niniey Berkata:

    jap…siap kn kje..nk post

  8. no.sher.ta Berkata:

    cik ninie dan cik nana..
    apsal post ni jadi mcm ym korg je eh?
    confused la..

  9. نورنانا Berkata:

    hahaha..tata:
    tu tadik..masa kami dua-dua sengal…

    ok…sila beri komen yg bernas…

    err tata, nape masa skolah dulu, ko mcm susah gak nk senyum aaa?
    tapi kalo gelak cam antu, mmg ko n yana la pemenang nye..

  10. no.sher.ta Berkata:

    hahahaha.. itu dulu naa.. masa bebudak lagi
    tak kenal erti hidup..
    cheewwaahhh..

    p/s: naa minta permission nak share link blog leh?

  11. buzzybug Berkata:

    hoho… saya lah org yg slalu tersenyum2 dan tersengih2 depan PC… mcm org x betul!! :P

  12. no.sher.ta Berkata:

    korang pernah senyum dlm tido tak?

  13. aishah Berkata:

    senyum :) :) :)

    :) :) hahaha

    senyum seindah suria..yang membawa cahaya
    senyumlah dari hati…duniamu berseri

    senyum umpama titian dalam kehidupan
    kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum…

    senyum..membahagiakan..
    senyumanmu…amatlah berharga…

    :)

  14. نورنانا Berkata:

    tata:
    link la ke mana2 ko suke pon
    tq eh..

    ko ada blog baru ke?

    niza:
    saya akan tersengih2 dan tergelak2 depan pc kalo chat dgn niza, ecah or nini..
    korg mewarnai hidup saya..

    tata:
    aku penah..
    semlm aku siap ngigau lagik

    ecah:
    tu lirik lagu ’senyum seindah suria’

  15. palie Berkata:

    senyumlah dengan penuh keikhlasan…

  16. ixora Berkata:

    Saya senyum merata tempat.. kadang rasa mcm sewel pn ada senyum sorang2. Kene plak selalu baca Ujang tu.. lg la rajin nk tersenyum tiap kali teringat part yg lawak2. Blog pn bleh buat saya tersenyum.. hahahaha.. gile aa!

  17. NoktahHitam Berkata:

    aku senyum bile org marah, aku gelak bile org sedih, aku nanges bile org happy, aku happy bile org pergi, siapakah aku?
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Aku lah en. NoktahHitam.

  18. Zarir Yahya Berkata:

    Tahniah….

    From Zarir.
    zariryahya.wordpress.com

  19. anakkawi Berkata:

    senyum2 kucing gitu, hihihi

  20. mucs Berkata:

    saya suka senyum sorang2. bila teringat sesuatu, saya suka senyum. tak kelakar pun benda tu. mungkin sebab rasa macam bahagia kot bila senyum. bila tengok cermin pun saya suka senyum juga. sebab saya rasa muka saya sweet je bila senyum.. hahaha.. (masuk bakul angkat sendiri).

  21. نورنانا Berkata:

    palie:
    ye..senyum kena ikhlas..

    ixora:
    akak kalo baca Ujang, gelak besar…x senyum lagik dah tu..

    eddie:
    teka teki la pulokkk!!

    zarir:
    tq..tahniah utk apa ye??

    anakkawi:
    senyum kambing pon ok gak..

    mucs:
    seb baik betul pernyataan ko tu.. bleh la nak kata ko sweet… tapi akak tak tergoda pon.ahaksss!!

  22. Mr Ah Fa Berkata:

    Mr Ah Fa pun suka senyum sorang-sorang, lega sangat hati ni bole senyum tau nana :-D

  23. NH's 5 Favorite Site | Noktah Hitam Berkata:

    [...] I rase you makin mature!  :!: 2. TheMindfulTrinket – that lovey dovey feeling I guess?  :XO: 3. CaptainNurNana – the up tight and efficient accountant!  :mad: 4. Merdurian – oh dear, cheer up ok  :arrow: 5. [...]

  24. نورنانا Berkata:

    Ah Fa:
    betul…senyum tu melegakan..

  25. zahidah mohd seran (mama rafiq) Berkata:

    saya suka senyum depan cermin kalo time perasan lawa…huhuhu

  26. Insan Kerdil Berkata:

    senyum sokmo kay….
    jadi slalulah senyum pd yang lain,jgn smpai orang kate kita giler sudahlah..
    ahhaha…
    nyway,time kasih sudi singgah ke blog saya…

  27. نورنانا Berkata:

    Insan kerdil..
    Blog ko yg mana ye??

  28. mucs Berkata:

    saya sweet je, tapi tak menggoda.. hehe..

  29. نورنانا Berkata:

    wekkkkkkkk ~~~~~~~~~~~

  30. rheima Berkata:

    mnurutq klo kta trtawa ato senyum ktika sakit maka insya allah sakit kita dapat cpat sembuh…………

  31. hsyazana Berkata:

    who sing this song and write the lyrics?

  32. JuliaNa Berkata:

    smile to others so they could have a reason to smile..yeeeehaaaa..cilok kata2 kawan saya..:D

Tinggalkan jawapan