Feeds:
Kiriman
Komentar

Kejutan

Saya selalu bagitahu Mak dan adik-adik, setiap kali saya nak switch on/off plug, saya selalu macam terkena kejutan elektrik. Tapi diorang cakap, sebab tangan saya basah.

Saya sebenarnya dah pastikan tangan saya kering setiap kali dekat/ pegang barang elektrik. Saya pasti yang saya kena kejutan bukan sebab tangan saya lembab/basah~, tapi sejak kecik saya memang takde jodoh dengan barang-barang elektrik.

Nampak macam pelik, tapi itu lah. Setiap kali saya nak tekan suis, saya mesti lapik dengan kayu atau plastik.

Kelmarin, saya baru nak main laptop. Adik saya nampak saya kena kejutan dan nampak tangan saya berapi.
Baru diorang nak caye.

Hmm…

Sekarang ni takde yang mustahil.

Sila percaya yang manusia mudah lupa dan hilang pertimbangan. Kalau iman tak teguh, mudah betul termakan pujukan syaitan.

Dulunya macam ustaz, sekarang tak ubah macam syaitan.
Ini tak mustahil.

p.s: Saya doakan semoga yang terpesong, akan pulang ke pangkal jalan.

Dalam tempoh sebulan dua ni, entah berapa kali kena pegi tax odit. (Apa??? Oditer pun kena odit jugak????) Iye, oditer pun kena odit gak. Tapi, bukan la yang kena odit tu kami, tapi, klien kami. Orang-orang lembaga hasil akan datang dan cek-cek macam-macam benda kat ofis klien kami tu.

Oleh sebab job scope kami sama, saya tak lah melatah bila kena soal-jawab. Ini adalah biasa, ok! Dan saya dah habis tenaga pun, kalau nak benci orang-orang lembaga hasil yang tanya macam-macam soalan tu.

Oditer memang macam tu, walaupun saya tau, takde orang suka oditer. Hahaha. Diorang memang lah terkadang menjengkelkan, tapi itu lah keja diorang. Tanya tu, tanya ni.

Tadi kan, oditer tu macam malas gile. Tak banyak cek pun. Dokumen berkotak-kotak tu dia tak sentuh pun. Saya yang biasa buat keja-keja macam diorang tu, letak la kotak tu dekat sikit dengan diorang. Lepas tu diorang wat dek je. Hmm.. saya kurang setuju lah cara macam tu. Nampak sangat malas. Tak bagus betul. Depan oditer pulak tu.

Dalam surat diorang, katanya akan buat kerja dalam jangkaan 2 hari. Tapi tadi, tak sampai setengah hari pun diorang dah nak balik. Hohoho. Gile senang buat odit kalau cenggitu.

p.s: Dah lah, tempoh gi minum lebih lama dari tempoh buat kerja. Hmmmmm..~~

 

Apa Saja ~ Part VII

1. Sedar tak sedar, saya terlalu banyak beg dalam simpanan, namun takde satu pun yang boleh dipanggil handbag. Hahaha. Semua beg sling dan backpack.
2. Saya terpaksa mengakui, bahawa sekiranya kita banyak tolong adik-adik/ ahli keluarga kita yang lain dalam apa cara pun, tanpa ada rasa beban, rezeki akan datang mencurah-curah tanpa kita sedari. Alhamdulillah~~
3. Saya bersyukur kerana doa-doa saya termakbul. Terima kasih Tuhan kerana kehidupan yang indah ini.
4. Saya dah lama tak jumpa Yus. Apa khabar beliau?
5. Saya kan suka merungut pasal KTM komuter, tapi hari tu KTM dah buat sistem 10 minit sekali untuk stesen-stesen sibuk di waktu puncak. Adakah staf KTM menskodeng blog saya? Matilahhh~~~
6. Tahun 2009 berlalu agak cepat, dah semakin tua.
7. Blog ni dah kurang pengunjung, tapi tak apa lah. Saya bukan menulis untuk menaikkan trafik. Saya menulis ni suka-suka saja.
8. Saya kurang melompat ke blog orang lain sekarang, dan mungkin sebab tu tak ramai dah orang mahu buat lawatan balas ke blog ni. Takpe, saya redho~ (huhuhuhu)
9. Saya dah lama tak tulis sajak. Hahaha. (sebab takde bakat..)
10. Saya boring dan saya seperti mahu study semula lah.


p.s: Semua adik-adik saya dalam minggu peperiksaan lah skrang ni. Adik, Am, Ira dan Syahir.. selamat menjawab kertas periksa dengan jayanya.~~

Pernah tak kita fikir, orang yang paling rapat/ paling dekat/ paling baik dengan kita sekarang akan jadi musuh kita satu hari nanti?

Saya tak pernah terfikir, sehingga lah saya terkena jua akhirnya. Bila perkara ni berlaku, saya sampai tak boleh fikir kenapa kawan saya tu jadi macam ni. Sepanjang yang saya ingat, saya gembira kerana menjadi kawan nya. Tapi, rupanya di pihak dia, dia tak rasa benda yang sama.

Bayangkan, bila dia memusuhi saya kerana sebab yang tak pasti, semua nya jadi janggal dalam hidup saya. Sedih sangat bila fikirkan tentang ni. Kawan-kawan lain bila tahu hal ni berlaku, semua minta saya bersabar dan selesaikan perkara ni dengan baik. Saya mengharap kan semua ni adalah mimpi, dan tak pernah berlaku dalam hidup saya.

Dia cuba jauhi saya. Dia cuba jauhi kawan-kawan yang berkaitan dengan saya. Dia dah pergi jauh dalam kehidupan saya.

Adakah dia malu berkawan dengan saya kerana kehidupannya jauh lebih baik dari saya? Adakah saya benar-benar memalukan dia sehingga dia buat-buat tak kenal saya depan orang lain? Adakah sekali saya pernah terjatuh dan gagal, dia terus ingin menjauhi saya?

Ye lah,
Dia dah jadi orang besar.
Dia dah ada hidup lebih baik.
Dia lupa masa senang saya dan dia.
Dia lupa masa susah saya dan dia.
Dia lupa kita pernah berkongsi masalah.
Dia lupa yang saya ni penah jadi kawan dia.
Dia dah jadi orang lain.

Apa pun, terima kasih. Saya maafkan kamu, wahai ‘kawan’.
Dan maafkan saya kerana pernah menyusahkan kamu dengan masalah-masalah saya. Walaupun saya tak pasti apa punca nya, saya harap sangat yang kamu akan berubah.

Walaupun sebenarnya, saya tak pasti kalau saya masih mahu terima kamu jadi kawan saya.


p.s: Saya takut berbaik sangat dengan orang, walaupun di luar sana banyak orang berlaku baik dengan saya.

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »